Assalamualaikum sahabat pena sekalian, tahukah anda bahawa rakan sebaya merupakan individu penting untuk kita setelah ibu bapa dan keluarga?
Apakah yang dimaksudkan dengan rakan sebaya? Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 rakan sebaya ditakrifkan sebagai sahabat yang sama umurnya. Rakan sebaya juga boleh dimaksudkan dengan sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama.
Antara peranan-peranan rakan sebaya ialah mereka boleh menjadi kawan kerana mereka boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain. Mereka juga kadang kala boleh menjadi lawan kepada kita kerana mereka mampu mempengaruhi kita dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain. Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.
Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Hal ini demikian, mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka memahami sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah. Rakan sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Namun, kita perlu berhati-hati, kerana tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita dan pastinya akan ada yang cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun itu bukan niat mereka sebenarnya. Mereka juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar yag tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah fakta yag mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya memang antara punca utama yang boleh membuatkan pelajar bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin.
Nasihat saya, dekati rakan-rakan yang berfikiran positif, rajin dan bersemangat tinggi untuk berjaya. Dalam masa yang sama, kurangkan masa yang kita luangkan dengan pelajar-pelajar yang malas, bermasalah disiplin dan suka merungut. Gabungan tindakan kita ini akan menaikkan semangat kita untuk belajar dengan lebih baik dan lancar tanpa gangguan masalah rakan sebaya.
Tuntasnya, rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam menentukan arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih rakan sebaya, kerana bukan semua rakan sebaya patut dijadikan kawan kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan akan ada yang akan mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;" Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan." Samada berperanan sebagai seorang kawan mahupun lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan memilih rakan sebaya pasti akan mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin. Ingatlah, rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis uskar dicari. Sekian sahaja, terima kasih.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletegambar itu hanyalah hiasan yang penting dalam ingatan
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteadakah benar kita boleh mempercayai semua sahabat kita ?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAsslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan mengenai apakah peranan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak hubungan dengan rakan sebaya ini lebih kepada hubungan yang berbentuk kekeluargaan walaupun rakan rakan tersebut bukan lah ahli keluarga mereka. Orang yang paling penting dalam kehidupan kanak-kanak ialah kawan-kawannya. Rakan sebaya itu ibarat cerminan kepada diri kanak kanak. Hal ini kerana, rakan sebaya itu ternyata memberikan impak yang terbesar dalam kehidupan mereka. Ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarganya menjadi kurang penting. Kanak- kanak bergaul dengan mereka yang sebaya umur, minat dan tahap sosial. Contoh rakan sebaya ialah kawan-kawan, rakan dalam kelas dan anak-anak jiran. Peranan rakan sebaya lebih besar dalam membentuk tingkah laku individu. Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah anak-anak mereka memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakan-rakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama-sama dan sentiasa berkongsi hal seharian, berkongsi pendapat dan sebagainya..
ReplyDeleteTanpa disedari, anak-anak telah mempelajari cara berinteraksi dan komunikasi dengan rakan yang mempunyai persamaan dari segi usia, pengalaman, peranan pemikiran dan sebagainya. Impaknya, anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih efektif kerana mereka dapat menyesuaikan apa yang dipelajari berdasarkan faktor-faktor tadi.
Jika dibandingkan dengan proses sosialisasi dalam keluarga ianya melibatkan hubungan yang tidak seimbang kerana faktor perbezaan usia, pengalaman dan peranan. Ini dapat dibuktikan apabila mereka lebih menerima dan memberi perhatian kepada setiap perbuatan dan tingkah laku rakan berbanding dengan keluarga mereka. Ini kerana mereka yakin sudah mampu mengawal hidup mereka sendiri. Contohnya, ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak mereka berpakaian tidak sopan tetapi tidak pula pada mereka kerana mereka lebih cenderung untuk mengikut trend rakan mereka berpakaian. Di sini dapat dilihat konflik antara nilai yang diambil dari rakan sebaya dengan nilai yang sudah ada di dalam keluarga mereka. Kita tidak boleh menafikan bahawa betapa besarnya kemampuan rakan sebaya dalam mempengaruhi anak-anak daripada keluarga sendiri. Personaliti dan jati diri anak-anak akan berubah disebabkan pengaruh rakan sebaya walaupun sebelum ini mereka sudah dididik oleh keluarga.
Terima kasih di atas kesudian memberi komen saudari ain. Berbalik kepada tajuk hangat yang dibincangkan iaitu rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadang kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan Sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain.
DeleteIni kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya
yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.
Rakan Sebaya bukan sahaja mempengaruhi seseorang individu secara negatif melalui pujukan dan paksaan tetapi juga secara positif dengan menberi khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat Rakan Sebaya boleh digunakan seacara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang positif di kalangan mereka. Sekian terima kasih.
Terima kasih di atas kesudian memberi komen saudari ain. Berbalik kepada tajuk hangat yang dibincangkan iaitu rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadang kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan Sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain.
DeleteIni kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya
yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.
Rakan Sebaya bukan sahaja mempengaruhi seseorang individu secara negatif melalui pujukan dan paksaan tetapi juga secara positif dengan menberi khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat Rakan Sebaya boleh digunakan seacara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang positif di kalangan mereka. Sekian terima kasih.
Salam, hai Aziera. Disini saya ingin menghujahkan tentang Kesan Tekanan Rakan Sebaya Ke Atas Perubahan Cara
ReplyDeleteBerkawan adalah penting bagi kita. Walau bagaimanapun, berkawan boleh menjadi sesuatu yang memudaratkan. Kesan tekanan rakan sebaya boleh mempengaruhi perubahan cara seseorang sama ada cara bercakap, bertingkahlaku mahupun berfikir.
Ada masanya kita akan berasa rakan-rakan kita mendesak untuk berkelakuan dan berfikir secara berbahaya atau tidak boleh diterima oleh akal yang sihat. Tekanan rakan sebaya sesuatu yang lazim di kalangan rakan-rakan dan akan menjadi lebih kuat semasa zaman remaja. Mungkin gerak hati kita ingin meminta kita berhenti menghabiskan masa bersama rakan yang menjadi ‘pengaruh tidak baik’. Namun ia bukan strategi terbaik kerana ia boleh menimbulkan reaksi bertentangan yang membawa kepada rintangan tidak diingini. Penyelesaian yang lebih baik adalah melatih kita berfikir sendiri untuk menahan diri daripada tekanan rakan sebaya yang negatif itu.
Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu berkomunikasi. Apabila berada di rumah, seseorang itu akan bergaul dengan keluarganya yang terdiri daripada ibubapa dan adik beradiknya. Manakala apabila dia berada di luar rumah dia akan bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang mempunyai umur yang hampir-hampir sama di antara satu sama lain.
Wassalam,hai sis tirah aummm heheheee. Terima kasih diatas kesudian sis untuk memberi komen yang baik sekali di laman blog saya ini. Berdasarkan komen yang telah diberikan, saya sangat bersetuju dengan apa yang sis lontarkan diatas.
DeleteIzinkan saya menambah sedikit sebanyak pengetahuan yang dapat dikongsikan. Bagi saya, rakan sebaya merupakan individu yang bernilai kepada seseorang. Keadaan ini kerana, mereka merupakan penyumbang besar kepada kejayaan kita selain daripada ibubapa dan keluarga. Oleh itu, sabagai insan yang berilmu, sewajarnya bagi kita untuk memilih rakan sebaya yang baik dan bagus demi menjamin masa depan yang baik.
Selain itu, rakan sebaya juga penting bagi saya kerana, mereka boleh dijadikan contoh baik. Sebagai contoh apabila rakan sebaya kita berjaya dengan cemerlang, sudah semestinya kita akan mencontohi sikap baik beliau. Oleh itu, rakan sebaya sangat penting bagi kita sebagai penguat semangat.
Akhirnya, jelaslah bahawa rakan sebaya sangat mempengaruhi diri kita. Terpulang lah keatas diri kita untuk memilih yang baik atau sebaliknya.
Sekian sahaja, terima kasih sis.
Salam, hai Aziera. Disini saya ingin menghujahkan tentang Kesan Tekanan Rakan Sebaya Ke Atas Perubahan Cara
ReplyDeleteBerkawan adalah penting bagi kita. Walau bagaimanapun, berkawan boleh menjadi sesuatu yang memudaratkan. Kesan tekanan rakan sebaya boleh mempengaruhi perubahan cara seseorang sama ada cara bercakap, bertingkahlaku mahupun berfikir.
Ada masanya kita akan berasa rakan-rakan kita mendesak untuk berkelakuan dan berfikir secara berbahaya atau tidak boleh diterima oleh akal yang sihat. Tekanan rakan sebaya sesuatu yang lazim di kalangan rakan-rakan dan akan menjadi lebih kuat semasa zaman remaja. Mungkin gerak hati kita ingin meminta kita berhenti menghabiskan masa bersama rakan yang menjadi ‘pengaruh tidak baik’. Namun ia bukan strategi terbaik kerana ia boleh menimbulkan reaksi bertentangan yang membawa kepada rintangan tidak diingini. Penyelesaian yang lebih baik adalah melatih kita berfikir sendiri untuk menahan diri daripada tekanan rakan sebaya yang negatif itu.
Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu berkomunikasi. Apabila berada di rumah, seseorang itu akan bergaul dengan keluarganya yang terdiri daripada ibubapa dan adik beradiknya. Manakala apabila dia berada di luar rumah dia akan bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang mempunyai umur yang hampir-hampir sama di antara satu sama lain.
Wassalam, hai sis tirah. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah di laman blog saya ini.
DeleteDi sini saya turut ingin menambah sedikit hujah berkaitan topik yang telah dikemukakan sebelum ini. Bagi saya,agen sosialisasi yang kedua ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan orang yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Hal ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarganya menjadi kurang penting. Perkara ini berlaku disebabkan oleh rakan sebaya mereka banyak mempunyai persamaan dengan mereka seperti umur, minat dan tahap sosial. Contoh rakan sebaya ialah kawan-kawan, rakan dalam kelas di sekolah dan anak-anak jiran.
Mengikut teori Bandura (1986), kanak-kanak belajar dan meniru melalui pemerhatian orang-orang di sekitarnya yang mana secara tidak lansung akan membentuk tingkah lakunya. Oleh yang demikian, rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti kanak-kanak. Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah anak-anak mereka memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakan-rakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama. Jika ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh, sudah pasti pengaruh rakan sebaya akan lebih besar terhadap pembentukan personaliti kanak-kanak itu.
Sekian sahaja terima kasih sis tirah. semoga maju selalu.
Assalamualaikum kepada saudari Aziera. Saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya mengenai forum anda. Rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa.
ReplyDeleteWaalaikumusalam saudari nurul. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan rara ucapkan kerana anda sudi memberi hujah yang sangat membina mengenai topik ini.
DeleteDi sini saya ingin turut berkongsi pendapat saya pula. Kanak-kanak berasa lebih selesa untuk bergaul dengan rakan sebaya mereka berikutan proses sosialisasi dalam keluarga akan melibatkan pelbagai jurang perbezaan seperti usia, pengalaman dan peranan. Hal ini dapat dilihat apabila mereka lebih menerima dan memberi perhatian kepada setiap perbuatan dan tingkah laku rakan berbanding keluarga kerana mereka yakin bahawa mereka sudah mampu mengawal hidup mereka sendiri. Contohnya, ibu bapa tidak suka melihat anak-anak mereka berpakaian tidak sopan di khalayak ramai namun bagi mereka sebaliknya pula. Mereka lebih cenderung untuk mengikut rakan sebaya mereka dalam mengenakan pakaian agar diri mereka berasa diterima semasa bersama rakan sebaya itu.
Seterusnya, contoh lain yang boleh dilihat seperti perubahan sikap anak-anak daripada situasi yang mana dulunya mereka suka ibu bapa membelikan sesuatu tetapi apabila remaja mereka lebih gemar untuk memilih sendiri apa-apa yang mereka inginkan bersama rakan sebaya mereka yang lain. Malah menurut Erikson (1902-1994), pada peringkat ini, kanak-kanak yang sudah meningkat remaja akan mula berasa keliru terhadap identiti diri dan lebih senang terpengaruh dengan persekitaran sosial mereka seperti rakan sebaya. Hal ini kerana mereka telah memasuki peringkat kelima dalam teori perkembangan Erikson iaitu fasa identiti lawan ego rendah. Tambahan pula, remaja sudah beranggapan bahawa mereka sudah mampu untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri tanpa terlalu bergantung pada keluarga.
Sekian, terima kasih. Jumpa lagi.
Assalamualaikum kepada saudari Aziera. Saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai forum anda. Rakan sebaya memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selaras dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya adalah pengaruh rakan sebaya.
ReplyDeleteRakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang.
Waalaikumusalam saudari farerul sayang. Terima kasih sebab sudi mengulas dengan lebih lanjut mengenai topik ini.
DeleteSaya sangat menyokong pendapat saudari bahawa rakan sebaya banyak memberi impak kepada perkembangan sosioemosi seseorang kanak-kanak itu. Sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, cikgu sering mengingatkan kita mengenai ‘’pengaruh rakan sebaya’’. Kata cikgu, inilah penyebab seseorang itu berjaya atau tidak di alam persekolahan kelak. Hal ini adalah kerana rakan sebaya memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kanak-kanak.Malah dalam satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan, kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka(Malecki & Elliot,1999).Oleh yang demikian, kebanyakan pelajar yang berjaya di alam persekolahan juga berpunca daripada faktor rakan sebaya mereka yang rajin dan pandai dalam menimba ilmu.Selain itu, jika kanak-kanak itu mempunyai rakan sebaya yang bersopan santun dan ringan tulang sudah pasti mereka akan turut belajar melalui pergaulan mereka itu, sekali gus hal ini dapat membentuk kendiri yang positif dalam hidup mereka.
Sekian sahaja, Terima kasih.
Assalamualaikum saudari bagi pandangan saya , rakan sebaya membentuk diri seseorang mahupun kanak-kanak atau dewasa, rakan sebaya sememangnya amat penting dalam kehidupan .. rakan sebaya yang baik dapat membentukan sahsiah diri yang baik ,tatabahasa yang baik juga tingkahlaku yang baik,namun sebaliknya rakan sebaya yang negetif menjadikan diri ke arah nagetif ,buruk , menjadi terikut-ikut mudah terjebak dalam gejala sosial.
ReplyDeleteOleh itu , Peranan rakan sebaya dalam kehidup amat penting sekali . Lingkungan rakan sebaya diantara kanak-kanak, juga remaja , kelak dewasa seseorang dapat membentuk diri nya sendiri masih memerlukan kawan tetapi sudah bijak memikir mana yang baik juga mana yang buruk boleh dikenali sebagai pemikiran yang matang.
Kesimpulanya, mempunyai rakan yang ramai digalakan untuk kehidupan jugak diri seseorang tersebut. kerana ada nya rakan sebaya membentukan diri seseorang itu . sekian dari saya mia.mohon pencerahan..
Waalaikumussalam saudari mia dan terima kasih saudari kerana sudi memberi komen anda di blog saya ini. Saya amat bersetuju dengan pendapat saudari bahawa jika rakan sebaya itu memberi pengaruh yang baik, maka baiklah juga kesannya terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak itu.Malah bagi pendapat saya pula,rakan sebaya yang mempunyai nilai-nilai positif seperti rajin, bekerjasama , suka membantu orang lain dan bercakap sopan membantu proses pembelajaran akan memberi kesan kepada pembentukan personaliti ahli-ahli dalam kumpulan itu. Sebaliknya, individu yang menyertai kumpulan rakan sebaya yang diwarnai dengan nilai-nilai yang negatif seperti suka ponteng kelas, melepak, suka bergaduh dan bercakap kasar akan dipengaruhi dengan nilai-nilai tersebut secara tidak langsung. Justeru, melalui rakan sebaya inilah mereka akan mempelajari cara-cara untuk berinteraksi, membentuk konsep kendiri dan sekali gus membina personaliti yang ingin ditunjukkan kepada umum.
DeleteOleh itu, ibu bapa harus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pemilihan rakan sebaya anak-anak mereka supaya mereka diberi bimbingan yang betul dan tepat untuk memilih rakan sebaya.
Sekian sahaja dari saya, terima kasih. jumpa sem depan.
Tq saudari kerana mengkongsikan hal penting ini
ReplyDelete