Assalamualaikum, hai salam sejahtera rakan-rakan alam maya sekalian. Apa khabar anda semua? Semoga sihat sentiasa dan berada dalam keadaan emosi yang stabil. heheheheeeee senyum. Kembali lagi saya dalam laman blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmiah yang berkaitan kehidupan seharian. Bincangkan penyataan yang diberi "kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam pekerjaan".
Emosi didefinisikan sebagai suatu perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi serta fisiologi kepada seseorang. Sosial pula ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. Manakala kecerdasan pula ialah perihal cerdas dan kesempurnaan akal budi manusia. Kata kecerdasan ini diambil dari akar kata cerdas. Menurut Kamus Edisi Keempat kecerdasan bererti kesempurnaan perkembangan akal budi seseorang manusia untuk berfikir, mengerti, menajamkan fikiran dan sempurna dalam perkembangan tubuhnya. Howard Gardner mendefinisikan kecerdasan adalah kemampuan untuk memecahkan suatu masalah, kemampuan untuk menciptakan masalah baru untuk dipecahkan dan kemampuan untuk menciptakan sesuatu atau menawarkan suatu pelayanan yang berharga dalam suatu kebudayaan masyarakat.
Kecerdasan emosi adalah kemampuan seseorang untuk mengenali emosi diri, menilai, mengelola emosi dan menambil tindakan yang tepat, serta mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekitarnya. Dalam hal ini, emosi mengacu pada perasaan terhadap informasi akan sesebuah ikatan perhubungan. Manakala, kecerdasan merujuk kepada sesuatu untuk menunjukan alasan yang logik akan suatu hubungan. Kecerdasan emosi belakangan ini dinilai lebih penting daripada kecerdasan intelek. Sebuah penelitian menyatakan bahawa kecerdasan emosi dua kali lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam memberikan penumpuan dan menentukan kejayaan seseorang khususnya dalam dunia perkerjaan.
Emosi didefinisikan sebagai suatu perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi serta fisiologi kepada seseorang. Sosial pula ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. Manakala kecerdasan pula ialah perihal cerdas dan kesempurnaan akal budi manusia. Kata kecerdasan ini diambil dari akar kata cerdas. Menurut Kamus Edisi Keempat kecerdasan bererti kesempurnaan perkembangan akal budi seseorang manusia untuk berfikir, mengerti, menajamkan fikiran dan sempurna dalam perkembangan tubuhnya. Howard Gardner mendefinisikan kecerdasan adalah kemampuan untuk memecahkan suatu masalah, kemampuan untuk menciptakan masalah baru untuk dipecahkan dan kemampuan untuk menciptakan sesuatu atau menawarkan suatu pelayanan yang berharga dalam suatu kebudayaan masyarakat.
Menurut Howard Gardner (1983) terdapat lima pokok utama dari kecerdasan emosi seseorang, yakni mampu mengendali dan mengelola emosi diri sendiri, memiliki kepekaan terhadap emosi orang lain, mampu merespon dan bersosialisasi dengan orang lain secara emosional, serta dapat menggunakan emosi sebagai alat untuk memotivasi diri. Menurut Aristoteles pula, dalam The Nichomacea Ethics adalah bukan emosi yang menjadi masalah, tetapi lebih kepada kita mengekspresikan dan mengendalikan semua jenis emosi dan menguasainya dengan kecerdasan, bahkan nafsu jika dilatih dengan baik akan menghasilkan kebijaksanaan. Adakalanya kita lebih cenderung beranggapan bahawa emosi merupakan sebagai reaksi yang berlebihan atas dasar tingkalaku yang sukar kita terima kerana banyak juga yang selalu mengaitkan emosi hanya dengan perasaan marah atau kecewa, namun sebaliknya emosi ini dapat kita kawal mengikut situasi yang bersesuaian.
Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Diharapkan rakan-rakan dapat memberikan komen atau tambahan maklumat berkaitan tajuk di atas. Sekian, terima kasih untuk pembacaan yang teliti. Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang, dapat kita bersua lagi.
Wallahualam.
Kecerdasan Emosional adalah kemampuan untuk memonitor emosi diri sendiri dan orang lain, serta menggunakan informasi emosi untuk memandu cara berfikir dan perilaku.
ReplyDeleteKecerdasan emosional (EQ) ditandai dengan kemampuan seseorang mengendalikan diri dalam menghadapi keadaan sulit. Dengan pengendalian yang kuat, ia boleh membuat seseorang menjadi dengan tenang melihat permasalahan dan dengan tenang memperhitungkan impak dari suatu keputusan atau suatu tindakan.
Setiap orang mempunyai perbezaan personaliti, keperibadian, keinginan dan bagaimana menunjukan emosi. Perhatian orang yang cerdas secara emosi bukan hanya berrfikir logik tetapi juga mampu berfikir arif dan bijak, Ia bukan hanya mengenali siapa dirinya, tetapi juga berusaha mengenali orang lain yang berhubungan dengan masalah yang dihadapi sehingga kehadirannya dapat memecahkan masalah bukan membuat masalah baru.
Salah satu komponen penting untuk bisa hidup di tengah-tengah masyarakat adalah kemampuan untuk mengarahkan emosi secara baik. Penelitian yang dilakukan oleh Goleman (Ubaydillah, 2004:1) menunjukkan bahwa kontribusi IQ bagi keberhasilan seseorang hanya sekitar 20% sisanya 80% ditentukan oleh serumpun faktor yang disebut kecerdasan emosional. Dalam kenyataannya sekarang ini dapat dilihat bahwa orang yang ber-IQ tinggi belum tentu sukses dan belum tentu hidup bahagia.
DeleteOrang yang ber-IQ tinggi tetapi karena emosinya tidak stabil dan mudah marah seringkali keliru dalam menentukan dan memecahkan persoalan hidup karena tidak dapat berkonsentrasi. Emosinya yang tidak berkembang, tidak terkuasai, sering membuatnya berubah-ubah dalam menghadapi persoalan dan bersikap terhadap orang lain sehingga banyak menimbulkan konflik.
Emosi yang kurang terolah juga dengan mudah menyebabkan orang lain itu kadang sangat bersemangat menyetujui sesuatu, tetapi dalam waktu singkat berubah menolaknya, sehingga mengacaukan kerja sama yang disepakati bersama orang lain. Maka, orang itu mengalami kegagalan.
Saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya pada forum anda. Faktor utama yang menentukan kejayaan seseorang di tempat kerja? Kajian psikologi menunjukkan kecerdasan emosi dan sosial lebih penting dan menjadi peramal yang lebih baik terhadap kejayaan kerjaya seseorang berbanding intelek.Penemuan ini tidak bermakna intelek tidak penting tetapi ia menunjukkan selain kecerdasan intelek, kecerdasan emosi lebih merupakan pelengkap kepada keberkesanan indvidu di tempat kerja. Kecerdasan emosi dan sosial merupakan satu konsep yang kian berkembang bukan setakat dalam bidang psikologi dan pendidikan tetapi juga dalam pengurusan organisasi. Penemuan terkini menunjukkan emosi dan sosial mempunyai kaitan dengan kejayaan dan pencapaian seseorang dalam kerjayanya. Konsep ini menjadi popular setelah Goleman (1995) mengutarakan konsep tersebut dalam sebuah buku yang begitu laris jualannya di New York iaitu Emotional Intelligence. Menurut Goleman, terdapat suatu jenis kecerdasan lain yang penting selain daripada darjah kecerdasan intelek atau intelektual quotients ialah kecerdasan emosi dan sosial. Terima Kasih.
ReplyDeleteHai sis ain.. Terima kasih di atas kerajinan saudari untuk berkongsi ilmu yang sangat bermakna mengenai tajuk yang saya lontarkan.
DeleteBerbalik kepada tajuk tersebut, kecerdasan fizikal ini bukan sahaja terletak kepada dalaman namun luaran juga. Saya ingin memberi sedikit sebanyak pandangan sebagai perkongsian kita bersama. Bagi saya, kecerdasan emosi adalah kemampuan seseorang untuk menerima, menilai, mengelola, serta mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekitarnya. Dalam hal ini, emosi lebih tertumpu kepada perasaan terhadap informasi akan sesebuah ikatan perhubungan. Manakala, kecerdasan pula mengacu kepada sesuatu untuk memberikan alasan yang logik akan suatu hubungan. Bagi kecerdasan emosi, sejak belakangan ini ianya dinilai lebih penting daripada kecerdasan intelek. Sebuah penelitian adamengungkapkan bahawa kecerdasan emosi dua kali lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam memberikan penumpuan dan menentukan kejayaan seseorang khususnya dalam dunia perkerjaan. Dunia pekejaan ini sememangnya banyak cabarannnya malah menguji tahap kecerdasan emosi kita seharian sebagai insan yang bergelar manusia yang tidak lari daripada cabaran hidup dan ujian. Namun demikian angggaplah ia sebagai suatu tanggungjawab apabila memasuki alam pekerjaan yang harus dipikul walau perlu melalui pelbagai cabaran sehingga adakalanya mengusik kecerdasan emosi.
Sekian itu sahaja untuk kali ini, terima kasih sis.
Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu kepada saudari.
ReplyDeletePada pendapat saya, Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi.
Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan.
Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.
Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.
Waalaikumusalam dan salam sayang sis nurul. Firstly, terima kasih kerana saudari sudi meluangkan masa memberi komen yang sangat membina dalam perbincangan saya di laman blog ini. Melalui penulisan saudari ini, saya dapat mengetahui bahawa ibu bapa merupakan insan yang paling bertanggungjawab dalam membina kecerdasan emosi dan sosial terhadap kanak-kanak ini. Ibu bapa pula seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang sempurna dari segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Jika segala keperluan ini dapat disediakan, maka insan yang berkebolehan dan berkemahiran dapat dilahirkan di negara ini. Namun begitu, perkara yang sering dipandang ringan oleh ibu bapa dan masyarakat hari ini adalah berkaitan penjagaan emosi dan sosial kanak-kanak ini. Kebiasaannya, ibu bapa dan masyarakat luar hanya mementingkan kecerdasan intelektual dan hanya memandang ringan terhadap kecerdasan emosi dan sosial kanak-kanak ini. Kita perlu tahu bahawa kecerdasan emosi dan sosial merupakan faktor yang paling penting untuk menjamin seseorang itu untuk terus kekal prestasinya dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana seseorang yang berkemahiran dalam berinteraksi dan memiliki peribadi yang mulia lebih dipandang tinggi dalam sosial masyarakat hari ini meskipun kecerdasan intelektualnya biasa-biasa sahaja. Malah, terdapat satu kajian yang telah dibuat oleh Camegie Institute of Technology menyatakan bahawa 85 peratus kejayaan seseorang dalam pekerjaan adalah kerana mereka mempunyai kemahiran insaniah dan peribadi yang mulia. Oleh yang demikian, pentingnya anak-anak ini untuk ditekankan pembelajaran yang berasaskan kecerdasan emosi dan sosial selain menekankan aspek kecerdasan intelektualnya sahaja.
DeleteSekian sahaja dari saya, salam sayang dan salam perkongsian ilmu.
Kalau ada sumur di ladang bolehlah saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang bolehlah kita berjumpa lagi.
Salam sehati sejiwa Rara. Di sini saya ingin menghuraikan mengenai topik ini. Saya berpendapat bahawa kecerdasan emosi dan sosial lebih utama dalam menjamin pekerjaan seseorang malah menurut Goleman (1995),beliau pernah mengatakan bahawa “penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualnya (IQ), tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya”. Mengikut kajiannya ke atas kanak-kanak, remaja dan dewasa pada tahun 1995, beliau mendapati individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi menunjukkan pencapaian prestasi kepimpinan yang lebih tinggi dari sudut kecekapan sosial, keberkesanan peribadi, dapat mengawal tekanan, lebih berdikari dan boleh diharapkan dalam kerja mereka. Kesimpulan daripada kajian tersebut juga menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi lebih banyak mempengaruhi kejayaan seseorang individu berbanding tahap kecerdasan intelektual yang ada. Selain itu, satu lagi perkara yang menarik di sini ialah menurut pendapat para pemimpin berjaya di dunia, lebih separuh daripada mereka mengatakan bahawa kecerdasan intelek mereka berada pada tahap yang sederhana manakala kecerdasan emosi mereka berada pada tahap yang tinggi. Goleman mengatakan terdapat terdapat empat elemen utama dalam kecerdasan emosi, iaitu kesedaran tentang diri (self awareness), mengurus diri (self management), kesedaran sosial (social awareness), dan kemahiran bermasyarakat ( social skill ).
ReplyDeleteMenurut buku ‘The Emotional Intelligence’ yang ditulis oleh Goleman, terdapat bukti kecerdasan emosi amat berkuasa malahan lebih berkuasa daripada IQ dalam sebarang domain kehidupan manusia. Dalam erti kata lain kecerdasan emosi lebih mampu mencorakkan kehidupan manusia daripada kecerdasan azali (sedia ada). Dari sudut saintifiknya pula, Mayer (1997), dalam bukunya ‘Emotional Development and Emotional Intelligence’, telah mendefinisikan kecerdasan emosi (emotional intelligence) sebagai keupayaan untuk menaakul dengan emosi dalam empat perkara iaitu mempersepsi emosi, menyepadukan emosi dalam pemikiran, memahami emosi dan menguruskan emosi
Salam satu hati satu jiwa farerul sayang. Terima kasih kerana sudi mengulas dengan lebih mendalam mengenai isu ini. Saya amat bersetuju dengan segala perkongsian anda mengenai topik ini. Sememangnya kita dapat lihat banyak orang berjaya di dunia ini memiliki kecerdasan emosi dan sosial lebih daripada kecerdasan intelektualnya sahaja. Sebagai contoh, Bill Gates iaitu pengasas Microsoft .Meskipun beliau telah ditendang oleh Universiti Hogwart, namun kerana beliau mempunyai kecerdasan emosi dan sosial, beliau telah berjaya menembusi dunia perniagaan dengan cemerlang. Selain itu,terdapat pelbagai pendapat menyatakan bahawa kecerdasan emosi dan sosial lebih dititikberatkan di dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, KKE berbeza dengan IQ (Intelligence Quotient) yang dianggap sebagai terlalu cetek dan telah lapuk jika digunakan untuk menilai dan mengesan kejayaan seseorang. IQ hampir kekal bersama kita sepanjang hayat. Sedangkan KKE boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan yang betul. KKE boleh dipelajari. Goleman (2002) berpendapat bahawa KKE penting di dalam pekerjaan. Menurut beliau, seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi memiliki EQ yang rendah sukar berjaya dalam kerjaya. Ini bermakna keseimbangan antara IQ danEQ amat penting dalam memburu kejayaan dalam kerjaya. Di dalam bidang pendidikan, KKE amat penting kerana sebab-sebab seperti guru yang gembira, ceria dan mengambil berat akan menjadikan pelajar gembira semasa belajar, elemen terpenting untuk membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang sihat dan gembira dan KKE adalah elemen terpenting yang membuktikan guru dapat mengawal emosi mereka, terutama emosi negatif secara autentik, sebenar dan sihat.
ReplyDeleteSekian sahaja dari saya, terima kasih farerul. Jumpa lagi di lain masa dan hari.