Friday, 13 November 2015

Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bingcangkan.


                      Image result for keadaan mental kanak-kanak prasekolah
Assalamualaikum ya habibi, how are you today? ouhh i hope you always fine and happy with your life. First of all, hyeeeeee and thank you for your good time reading my blog. Okey, let's start our short discussion. Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bingcangkan.
                    Image result for keadaan mental kanak-kanak prasekolah

Pada pendapat saya, ya. Kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di malaysia menghadapi stress yang tinggi. Ini kerana, dalam kehidupan alam dunia yang serba moden dan canggih ini kanak-kanak sudah terdedah dengan pelbagai persekitaran sosial samada positif atau negatif. Situasi ini membolehkan mereka sentiasa berfikir tentang sesuatu benda dan berusaha untuk memenuhi kehendak mereka dengan cepat. Kesan daripada tindakan tersebut,  mereka akan mengalami tekanan dan stress yang tinggi. Persoalannya disini, adakah kita dapat melihat anak-anak ini membesar dengan segala keperluan yang mereka sepatutnya mereka perlukan ataupun mereka membesar secara tidak sihat seperti mengalami kemurungan dan sebagainya?



                      Image result for keadaan mental kanak-kanak prasekolah
Stress adalah bentuk ketegangan daripada aspek fizikal, psiko, emosi dan juga mental. Bentuk ketegangan ini boleh mempengaruhi kerja seharian seseorang iaitu dengan menyebabkan timbul rasa sakit dan sekaligus berlakunya gangguan mental. Pada dasarnya, stress adalah sebuah bentuk ketegangan iaitu berpunca daripada sesuatu masalah baru yang timbul. Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Stres dalam kalangan kanak-kanak memang sukar dikenali berbanding dengan orang dewasa. Hal ini disebabkan kemungkinan orang dewasa boleh menangani stress yang dialami dengan pelbagai cara alternatif tetapi kanak-kanak yang mengalami stress tidak dapat menangani stress yang dialami. Ini menyebabkan mereka mengeluarkannya menerusi kelakuan yang ditunjukkan. Ciri-ciri tingkah laku stres dalam kalangan kanak-kanak ialah seperti berikut, susah tidur, terlalu aktif, pemalu, suka mengamuk, cerewet makanan, kencing malam, mudah menangis dan ketakutan. Faktor yang menyebabkan mereka stres ialah perubahan tubuh  badan akibat hormon, penyakit, konflik ibubapa, keluarga, kematian ibubapa, kelahiran adik baru, penderaan, bergaduh sesama sendiri, dibuli oleh rakan dan sebagainya. 


         
                        Image result for keadaan mental kanak-kanak prasekolah

Tuntasnya, pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Semuanya bergantung kepada tindakan dan didikan ibu bapa mereka sendiri. Oleh itu, bentuklah anak-anak dengan bijak dari kecil lagi supaya melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sekian sahaja perkongsian dari saya. Komen serta pandangan dari sahabat semua amatlah dialu-alukan. Terima kasih. Salam sayang sahabat.

Wallahualam.


*p/s; heheheheeee

im here



Student UPSI/KPAKK

11 comments:

  1. Disini saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya mengenai blog anda. Pada pendapat saya Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success). Itu sahaja. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress adalah perasaan tertekan yang berpunca daripada gelombang otak yang naik turun terlalu cepat dalam kisaran beta atau lebih tinggi. Perasaan tertekan ini membuat orang mudah tersinggung, mudah marah, hilang perhatian terhadap pekerjaan dan mudah terganggu. persekitaran boleh menjadi sumber stress bagi seseorang, tuntutan mencapai keinginan atau target tertentu dan konflik-konflik yang lainnya juga boleh menimbulkan stress.
      Meningkatnya tuntutan dan keperluanan hidup akan sesuatu yang lebih baik, tentunya menyebabkan Anda untuk memenuhi keperluan yang Anda inginkan. Tapi pada kenyataannya sesuatu yang Anda inginkan tersebut kadangkala tidak dapat tercapai sehingga dapat menyebabkan Anda merasa bingung, khawatir, cemas, takut dan itu semua karena gelombang otak Anda terlalu tinggi dan itu bisa mengakibatkan stres.
      Stres yang terjadi pada setiap individu berbeda-beda, tergantung pada masalah yang dihadapi dan kemampuan menyelesaikan masalah tersebut. Jika masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik maka individu tersebut tidak akan merasa tertekan, justru bisa memiliki motivasi atau semangat yang lebih baik, sedangkan jika masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik dapat menyebabkan individu tersebut mudah marah-marah,kecewa, tertekan hingga stress.
      Banyak teori dari berbagai sudut pandang mengenai stress. Dokter mengatakan stress adalah adanya sel-sel syaraf otak yang tidak berfungsi sebagaimana mestinya yang bisa menyebabkan timbulnya berbagai penyakit. Psikolog mengatakan stress adalah awal dari berbagai gangguan mental. Kemudian saya mengatakan, stress terjadi karena otak kita memproduksi Gelombang Otak (Brainwave) yang terlalu tinggi, frekwensi high beta atau kadang sedikit lebih tinggi di atas beta. Selama otak kita dalam gelombang itu, jangan pernah berharap bisa santai, apalagi bisa mendapatkan solusi atau ide cemerlang untuk menyelesaikan persoalan, kerana kita tahu, kreativiti ada pada tataran gelombang alpha dan theta.

      Delete
  2. baiklah, saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Malaysia, sama ada mereka stress ataupun tidak. Bagi saya, peratusan kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang mengalami tekanan teramatlah sedikit. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak tersebut mungkin kerana pembawakan masalah atau keadaan yang negatif dari rumah mereka sendiri. Walaupun mereka sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Seterusnya, saya sangat yakin bahawa majoriti kanak-kanak pra sekolah di Malaysia tidak mengalami sebarang tekanan kerana kita haru tahu bahawa dunia kanak-kanak adalah BERMAIN. Oleh itu, kebanyakan inilah yang tidak pernah memikirkan apa-apa masalah sebaliknya mereka lebih cenderung dengan apa yang mereka suka dan gemar lakukan.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas kesudian anda untuk memberi komen yang begitu bernas sekali, saya bersetuju dengan pendapat anda, bagi saya kanak-kanak prasekolah kurang mengalami stress kerana sistem pembelajaran prasekolah di Malaysia begitu sitematik dan suasanna pembelajaran yang kondusif. Selain itu, pada pandangan saya juga kanak-kanak sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Seterusnya sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Seterusnya sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Oleh itu , kanak-kanak tidak mengalami stress ketika mereka di alam prasekolah.sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Pada peringkat umur kanak-kanak dalam prasekolah,cara mereka berfikir masih lagi belum berkembang sepenuhnya untuk menganalisis setiap masalah yang mereka hadapi. Hal ini membuat mentaliti mereka tertekan dalam sesetengah keadaan seperti membuat keputusan. Namun demikian , peranan ibubapa mahupun pendidik di prasekolah sangat memainkan peranan yang tinggi untuk melatih mereka untuk belajar berfikir bermula dengan perkara yang kecil supaya mereka membuat pilihan yang baik dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Selain itu, mereka juga sangat mudah terpengaruh disebabkan oleh cara berfikir mereka yang sangat berkembang diperingkat awal. Hal ini menyebabkan mereka tertekan sekiranya mereka terpengaruh dengan kelakuan yang buruk yang akan menyebabkan mereka mengalami masalah mental. Oleh itu dedahkan mereka dengan kelakuan yang baik yang mereka boleh contohi.

    Pada umur peringkat sekolah rendah pula cara pemikiran mereka sudah berkembang banyak berdasarkan apa yang mereka pelajari daripada umur prasekolah lagi. Pada linkungan umur ini mereka lebih terdedah dengan dunia luar dan mempunya kebebasan yang lebih bebas daripada linkungan umur prasekolah . Oleh itu mereka mungkin mengalami stress yang lagi tinggi atau lebih rendah berbanding prasekolah . Hal ini sangat dipengaruhi oleh apa yang mereka pelajari diperingkat prasekolah lagi dan juga sangat berkait rapat dengan keadaan sekeliling mereka termasuk bagaimana mereka memilih kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, aisyah. terima kasih diatas kesudian saudari berkongsi pendapat yang sangat membina itu. Berdasarkan perkongsian saudari tersebut, saya sangat bersetuju dengan pernyataan yang diberikan.
      Bagi saya, jelaslah bahawa peranan masyarakat sekeliling kanak-kanak itu sendiri sangat penting dalam mengawal tahap perkembangan berfikir. Ini kerana, seperti yang kita ketahui bahawa kanak-kanak merupakan individu yang mudah terpengaruh dengan persekitaran.Oleh itu, mereka mestilah sentiasa berada dalam pengawasan yang betul supaya dapat mengelakkan daripada berlaku nya perkara tersebut.
      Selain itu, cara pemikiran mereka juga sangat penting dalam mengawal emosi mereka daripada berlakunya stress. Pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak juga sememangnya membantu dalam cara pemikiran mereka. Ini kerana, mereka mungkin sudah terbiasa dengan keadaan tersebut dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Oleh itu, kanak-kanak seharusnya berfikir secara bijak dan bernas supaya dapat mengelakkan daripada stress yang teruk.
      Sekian sahaja dari saya terima kasih.

      Delete
    2. Hai, aisyah. terima kasih diatas kesudian saudari berkongsi pendapat yang sangat membina itu. Berdasarkan perkongsian saudari tersebut, saya sangat bersetuju dengan pernyataan yang diberikan.
      Bagi saya, jelaslah bahawa peranan masyarakat sekeliling kanak-kanak itu sendiri sangat penting dalam mengawal tahap perkembangan berfikir. Ini kerana, seperti yang kita ketahui bahawa kanak-kanak merupakan individu yang mudah terpengaruh dengan persekitaran.Oleh itu, mereka mestilah sentiasa berada dalam pengawasan yang betul supaya dapat mengelakkan daripada berlaku nya perkara tersebut.
      Selain itu, cara pemikiran mereka juga sangat penting dalam mengawal emosi mereka daripada berlakunya stress. Pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak juga sememangnya membantu dalam cara pemikiran mereka. Ini kerana, mereka mungkin sudah terbiasa dengan keadaan tersebut dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Oleh itu, kanak-kanak seharusnya berfikir secara bijak dan bernas supaya dapat mengelakkan daripada stress yang teruk.
      Sekian sahaja dari saya terima kasih.

      Delete
  5. Salam. Saya Tira, disini saya ingin menghuraikan tentang tekanan atau juga disebut sebagai stres merupakan satu bentuk kecelaruan emosi yang kerap berlaku pada masa kini. Individu yang menderita akibat tekanan biasanya menunjukkan pemikiran yang negatif, enggan melibatkan diri dalam aktiviti dan kesukaran berinteraksi secara interpersonal (Abbas & Lida, 2013). Dalam satu kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada tahun 2006, iaitu Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia mendapati masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3%, meningkat sebanyak 13% berbanding tahun 1996 (Utusan Melayu, 2011). Ternyata dapatan kajian ini amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian dengan lebih serius. Malahan tiada kajian lanjutan yang menunjukkan masalah ini mengalami penurunan.
    Tekanan juga disifatkan dapat menyebabkan beberapa perubahan tingkah laku dan tubuh badan seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi dan psikologi serta kemerosotan prestasi seseorang (Jerrold dlm. Mohamad Zaid et.al, 2009). Isu ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak namun jika dibiarkan tanpa jalan penyelesaian ia akan memberikan kesan jangka panjang yang memudaratkan. Hal ini disokong oleh Sapora (2001) dalam penulisannya menyatakan bahawa telah banyak kajian yang dilakukan mendapati tekanan atau stres mempunyai hubungan yang kuat dalam mempengaruhi pencapaian akdemik pelajar. Menguatkan lagi kenyataan ini, Campbell dan Svenson (dlm. Mastura et.al, 2007) menegaskan apabila tekanan dilihat dari aspek negatif atau terlalu tinggi ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang lantas menjadikan ia suatu fenomena yang membimbangkan.
    Emosi pula membawa definisi bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang (Muhammad Uthman Najati dlm. Fariza, 2005). Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula menyebut emosi sebagai satu perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, marah, takut, ketawa dan menangis yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi serta fisiologi pada seseorang. Oleh itu, emosi atau gangguan emosi akan memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya jika tidak dapat dikawal dengan baik. Rentetan daripada Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia yang dijalankan, didapati bahawa 11% golongan muda berusia 16 tahun hingga 24 tahun yang menghadapi tekanan emosi ini pernah terfikir untuk membunuh diri (Dewan Siswa, 2012). Maka, dalam konteks penulisan ini tekanan emosi dalam kalangan murid boleh dikatakan sebagai suatu situasi yang menyebabkan seseorang tertekan emosinya akibat daripada peristiwa, pengalaman, atau bebanan di luar kemampuan mereka. Akta Kanak-Kanak 2001 (2006) pula mencatatkan bahawa kanak-kanak dikategorikan mengalami gangguan emosi jika wujud kerosakan pada fungsi mental dan emosi sehingga menyebabkan gangguan mental dan tingkah laku, kebimbangan, kemurungan, memencilkan diri dan menunjukkan tingkah laki permusuhan. Justeru, setiap isu yang membawa kepada tekanan emosi murid perlu ditangani segera agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dicapai. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, sis tirah. terima kasih diatas kesudian memberi perkongsian yang sangat bagus untuk saya dan kita semua di laman blog ini. Di sini saya juga memnemui pelbagai maklumat yang menyatakan stres juga boleh ditakrifkan sebagai satu gangguan yang terjadi kepada emosi seseorang itu.
      Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka me­nyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial. Manakala, ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid. Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi. Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.
      Sekian sahaja dari saya, ada masa berkongsi lagi. Terima kasih.

      Delete
  6. Assalamualaikum saudari Aziera. Izinkan saya mengemukakan pendapat saya. Stress adalah perasaan tertekan di karenakan gelombang otak yang naik turun terlalu cepat dalam kisaran beta atau lebih tinggi. Perasaan tertekan ini membuat orang mudah tersinggung, mudah marah, konsentrasi terhadap pekerjaan menjadi terganggu. Lingkungan bisa menjadi sumber stress bagi seseorang, tuntutan mencapai keinginan atau target tertentu dan konflik-konflik yang lainnya bisa menimbulkan stress.
    Meningkatnya tuntutan dan kebutuhan hidup akan sesuatu yang lebih baik, tentunya menyebabkan Anda untuk memenuhi kebutuhan yang Anda inginkan. Tapi pada kenyataannya sesuatu yang Anda inginkan tersebut kadangkala tidak dapat tercapai sehingga dapat menyebabkan Anda merasa bingung, khawatir, cemas, takut dan itu semua karena gelombang otak Anda terlalu tinggi dan itu bisa mengakibatkan stres.
    Stres yang terjadi pada setiap individu berbeda-beda, tergantung pada masalah yang dihadapi dan kemampuan menyelesaikan masalah tersebut. Jika masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik maka individu tersebut tidak akan merasa tertekan, justru bisa memiliki motivasi atau semangat yang lebih baik, sedangkan jika masalah tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik dapat menyebabkan individu tersebut mudah marah-marah, frustasi, depresi hingga stres.
    Banyak teori dari berbagai sudut pandang mengenai stress. Dokter mengatakan stress adalah adanya sel-sel syaraf otak yang tidak berfungsi sebagaimana mestinya yang bisa menyebabkan timbulnya berbagai penyakit. Psikolog mengatakan stress adalah awal dari berbagai gangguan mental. Kemudian saya mengatakan, stress terjadi karena otak kita memproduksi Gelombang Otak (Brainwave) yang terlalu tinggi, frekwensi high beta atau kadang sedikit lebih tinggi di atas beta. Selama otak kita dalam gelombang itu, jangan pernah berharap bisa santai, apalagi bisa mendapatkan solusi atau ide cemerlang untuk menyelesaikan persoalan. Karena kita tahu, kreativitas ada pada tataran gelombang alpha dan theta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sis nurul. Terima kasih kerana sudi memberi komen yang sangat membina bagi pengguna laman blog ini berkaitan isu yang telah digariskan tersebut.
      Saya sememangnya bersetuju dan wajar menganggap isu ini adalah bukan perkara mudah diatasi kerana ianya berpunca daripada emosi kanak-kanak itu sendiri. Secara umumnya, kanak-kanak akan melalui suatu proses perkembangan iaitu JERIS. Pada masa yang sama bekalan ilmu dan asuhan yang berterusan dipupuk melalui sistem pendidikan sepanjang hayat. Ibu bapa adalah insan yang memainkan peranan penting dalam membentuk anak-anak. Sebagaimana, di rumah asuhan ini dipraktikkan sebagai panduan anak-anak pada dewasa nanti. Manakala, di sekolah pula guru adalah pihak kedua yang meneruskan tanggungjawab sebagai pengasuh ataupun pendidik yang akan membentuk JERIS anak-anak itu sendiri. Persoalannya, anak-anak mengalami stress yang tinggi disebabkan beberapa faktor,iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Antara faktor-faktor dalaman ialah secara semulajadi iaitu anak-anak seorang yang beremosi tinggi. Manakala faktor-faktor secara luaran pula, kanak-kanak di pengaruhi oleh faktor persekitaran seperti rakan sebaya dan sebagainya. Rakan sebaya biasanya mempengaruhi anak-anak dalam proses berkawan. Sekiranya tersalah dalam berkawan, ini akan menjejaskan aspek lain seperti akademik dan interpersonal. Oleh itu, saya dapat mengatakan bahawa stress adalah emosi. Ia bukan untuk diatasi tetapi untuk dikawal kerana emosi adalah perasaan yang harus dibentuk melalui hubungan yang baik dengan semua makhluk dan pencipta. Sekian dahulu untuk kali ini, sekian terima kasih. Wallahualam.

      Delete