Friday, 13 November 2015

Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bingcangkan.


                      Image result for keadaan mental kanak-kanak prasekolah
Assalamualaikum ya habibi, how are you today? ouhh i hope you always fine and happy with your life. First of all, hyeeeeee and thank you for your good time reading my blog. Okey, let's start our short discussion. Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bingcangkan.
                    Image result for keadaan mental kanak-kanak prasekolah

Pada pendapat saya, ya. Kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di malaysia menghadapi stress yang tinggi. Ini kerana, dalam kehidupan alam dunia yang serba moden dan canggih ini kanak-kanak sudah terdedah dengan pelbagai persekitaran sosial samada positif atau negatif. Situasi ini membolehkan mereka sentiasa berfikir tentang sesuatu benda dan berusaha untuk memenuhi kehendak mereka dengan cepat. Kesan daripada tindakan tersebut,  mereka akan mengalami tekanan dan stress yang tinggi. Persoalannya disini, adakah kita dapat melihat anak-anak ini membesar dengan segala keperluan yang mereka sepatutnya mereka perlukan ataupun mereka membesar secara tidak sihat seperti mengalami kemurungan dan sebagainya?



                      Image result for keadaan mental kanak-kanak prasekolah
Stress adalah bentuk ketegangan daripada aspek fizikal, psiko, emosi dan juga mental. Bentuk ketegangan ini boleh mempengaruhi kerja seharian seseorang iaitu dengan menyebabkan timbul rasa sakit dan sekaligus berlakunya gangguan mental. Pada dasarnya, stress adalah sebuah bentuk ketegangan iaitu berpunca daripada sesuatu masalah baru yang timbul. Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Stres dalam kalangan kanak-kanak memang sukar dikenali berbanding dengan orang dewasa. Hal ini disebabkan kemungkinan orang dewasa boleh menangani stress yang dialami dengan pelbagai cara alternatif tetapi kanak-kanak yang mengalami stress tidak dapat menangani stress yang dialami. Ini menyebabkan mereka mengeluarkannya menerusi kelakuan yang ditunjukkan. Ciri-ciri tingkah laku stres dalam kalangan kanak-kanak ialah seperti berikut, susah tidur, terlalu aktif, pemalu, suka mengamuk, cerewet makanan, kencing malam, mudah menangis dan ketakutan. Faktor yang menyebabkan mereka stres ialah perubahan tubuh  badan akibat hormon, penyakit, konflik ibubapa, keluarga, kematian ibubapa, kelahiran adik baru, penderaan, bergaduh sesama sendiri, dibuli oleh rakan dan sebagainya. 


         
                        Image result for keadaan mental kanak-kanak prasekolah

Tuntasnya, pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Semuanya bergantung kepada tindakan dan didikan ibu bapa mereka sendiri. Oleh itu, bentuklah anak-anak dengan bijak dari kecil lagi supaya melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sekian sahaja perkongsian dari saya. Komen serta pandangan dari sahabat semua amatlah dialu-alukan. Terima kasih. Salam sayang sahabat.

Wallahualam.


*p/s; heheheheeee

im here



Student UPSI/KPAKK

otak cerdas akal sihat FORUM 3

       Assalamualaikum, hai salam sejahtera rakan-rakan alam maya sekalian. Apa khabar anda semua? Semoga sihat sentiasa dan berada dalam keadaan emosi yang stabil. heheheheeeee senyum. Kembali lagi saya dalam laman blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmiah yang berkaitan kehidupan seharian. Bincangkan penyataan yang diberi "kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam pekerjaan".
 


     Emosi didefinisikan sebagai suatu perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi serta fisiologi kepada seseorang. Sosial pula ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. Manakala kecerdasan pula ialah perihal cerdas dan kesempurnaan akal budi manusia. Kata kecerdasan ini diambil dari akar kata cerdas. Menurut Kamus Edisi Keempat kecerdasan bererti kesempurnaan perkembangan akal budi seseorang manusia untuk berfikir, mengerti, menajamkan fikiran dan sempurna dalam perkembangan tubuhnya. Howard Gardner mendefinisikan kecerdasan adalah kemampuan untuk memecahkan suatu masalah, kemampuan untuk menciptakan masalah baru untuk dipecahkan dan kemampuan untuk menciptakan sesuatu atau menawarkan suatu pelayanan yang berharga dalam suatu kebudayaan masyarakat.



     Kecerdasan emosi adalah kemampuan seseorang untuk mengenali emosi diri, menilai, mengelola emosi dan menambil tindakan yang tepat, serta mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekitarnya. Dalam hal ini, emosi mengacu pada perasaan terhadap informasi akan sesebuah ikatan perhubungan. Manakala, kecerdasan merujuk kepada sesuatu untuk menunjukan alasan yang logik akan suatu hubungan. Kecerdasan emosi  belakangan ini dinilai lebih penting daripada kecerdasan intelek.  Sebuah penelitian menyatakan bahawa kecerdasan emosi dua kali lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam memberikan penumpuan dan menentukan kejayaan seseorang khususnya dalam dunia perkerjaan. 






Menurut Howard Gardner (1983) terdapat lima pokok utama dari kecerdasan emosi seseorang, yakni mampu mengendali dan mengelola emosi diri sendiri, memiliki kepekaan terhadap emosi orang lain, mampu merespon dan bersosialisasi dengan orang lain secara emosional, serta dapat menggunakan emosi sebagai alat untuk memotivasi diri. Menurut Aristoteles pula, dalam The Nichomacea Ethics adalah bukan emosi yang menjadi masalah, tetapi lebih kepada kita mengekspresikan dan mengendalikan semua jenis emosi dan menguasainya dengan kecerdasan, bahkan nafsu jika dilatih dengan baik akan menghasilkan kebijaksanaan. Adakalanya kita lebih cenderung beranggapan bahawa emosi merupakan sebagai reaksi yang berlebihan atas dasar tingkalaku yang sukar kita terima kerana banyak juga yang selalu mengaitkan emosi hanya dengan perasaan marah atau kecewa, namun sebaliknya emosi ini dapat kita kawal mengikut situasi yang bersesuaian.


Sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Diharapkan rakan-rakan dapat memberikan komen atau tambahan maklumat berkaitan tajuk di atas. Sekian, terima kasih untuk pembacaan yang teliti. Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang, dapat kita bersua lagi.
Wallahualam.


Thursday, 5 November 2015

my hero ayah

                    Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi,
     Setelah sekian lama menyepi, kini kembali mengisi ruang-ruang kosong di laman blog ini untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diberi. Hehehehehehekk xoxo. Senyum sokmo deh.
    




     Ibu bapa adalah guru pertama dalam didikan awal kanak-kanak. Hubungan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta persekitaran boleh ditafsir sebagai perapatan. Definisi perapatan adalah satu hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Menurut Pipp & Haromon (1987), perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, senyuman, percakapan, dan sebagainya. Persoalannya, apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubunga perapatan dengan bapa?




     Anak-anak yang tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan ibu bapa sememangnya akan menjejaskan nilai-nilai baik yang akan dibentuk`dalam diri mereka. Hubungan rapat dengan ibu bapa semestinya mempengaruhi sosioemosi kanank-kanak dalam menilai diri mereka sendiri, sama ada penting atau tidak dalam berhubungan dengan orang lain. Isu tersebut kebiasaannya menjadi masalah bagi anak-anak itu sendiri kerana kebanyakkan daripada mereka beranggapan bapa merupakan individu yang digeruni dan dianggap sebagai individu yang garang.
      
Ingin saya tegaskan bahawa perapatan antara ibu bapa dengan anak-anak sangat penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi yang mulia dalam diri kanak-kanak. Oleh itu, hubungan perapatan antara bapa dan anak adalah sangat penting bagi memastikan anak-anak tidak hanya mencari perhatian daripada ibunya sahaja malahan mendapat perhatian daripada bapanya juga perlu untuk diri mereka.




        Hubungan perapatan bapa dan anak yang tidak bagus akan mempengaruhi nilai kendiri kanak-kanak untuk membesar dengan baik. Hal ini kerana bapa memainkan peranan penting sebagai contoh tauladan kepada pembangunan nilai dalam diri anak-anak. Sehubungan dengan itu, hubungan perapatan bapa dengan anak-anak amatlah penting dalam mensosialisaikan dan membangkitkan nilai-nilai dalam diri anak-anak. Diharap perkongsian saya kali ini, memberikan input yang baik buat kalian semua.
          Sekian sahaja untuk kali ini, Wallahualam.








Saturday, 17 October 2015

rakan sebaya mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak



   Assalamualaikum sahabat pena sekalian, tahukah anda bahawa rakan sebaya merupakan individu penting untuk kita setelah ibu bapa dan keluarga?
   Apakah yang dimaksudkan dengan rakan sebaya? Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 rakan sebaya ditakrifkan sebagai sahabat yang sama umurnya. Rakan sebaya juga boleh dimaksudkan dengan sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama.
   Antara peranan-peranan rakan sebaya ialah mereka boleh menjadi kawan kerana mereka boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain. Mereka juga kadang kala boleh menjadi lawan kepada kita kerana mereka mampu mempengaruhi kita dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain. Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.

   Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Hal ini demikian, mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka memahami sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah. Rakan sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Namun, kita perlu berhati-hati, kerana tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita dan pastinya akan ada yang cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun itu bukan niat mereka sebenarnya. Mereka juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar yag tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah fakta yag mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya memang antara punca utama yang boleh membuatkan pelajar bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin.
   Nasihat saya, dekati rakan-rakan yang berfikiran positif, rajin dan bersemangat tinggi untuk berjaya. Dalam masa yang sama, kurangkan masa yang kita luangkan dengan pelajar-pelajar yang malas, bermasalah disiplin dan suka merungut. Gabungan tindakan kita ini akan menaikkan semangat kita untuk belajar dengan lebih baik dan lancar tanpa gangguan masalah rakan sebaya.
   Tuntasnya, rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam menentukan arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih rakan sebaya, kerana bukan semua rakan sebaya patut dijadikan kawan kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan akan ada yang akan mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;" Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan." Samada berperanan sebagai seorang kawan mahupun lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan memilih rakan sebaya pasti akan mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin. Ingatlah, rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis uskar dicari. Sekian sahaja, terima kasih.